May 24, 2019

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

Solat Sunat Tarawih

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”, Semoga risalah kecil ini membantu kita mengetahui atau mengulangi kembali cara solat sunat Tarawih dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita. 

Kelebihan Solat Sunat Tarawih


Ertinya: “Daripada Abu Hurairah RA bahawa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Muslim)

Hukum Solat Sunat Tarawih

Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut)dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.



Waktu Solat Sunat Tarawih

Selepas menunaikan solat fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.


Rakaat Solat Sunat Tarawih

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak dua puluh rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat sahaja.


Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih

niat solat tarawih

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.”


Solat Sunat Witir

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam.


a. Bagi dua rakaat yang pertama:

niat solat witir 2 rakaat

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.” 

b. Bagi rakaat yang akhir:

niat solat witir 1 rakaat

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.” 

Itulah serba sedikit mengenai panduan solat tarawih. Jika anda ingin mencari bacaan selawat antara rakaat, bacaan surah-surah, anda bolehlah muatturun di sini.


Info Solat : Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih


EmoticonEmoticon