November 24, 2019

Bagaimana Cara Solat Sunat Dhuha?

Cara Solat Sunat Dhuha dan Doa serta kelebihan


Apakah Solat Sunat Dhuha?

Solat sunat dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

Bilakah Waktu Terbaik Solat Sunat Dhuha?

Sebaiknya adalah 30minit selepas terbit matahari seawal 7.30 pagi dan 30 minit sebelum matahari gelincir iaitu sebelum 1.00 petang. Buat mereka yang bekerja anda boleh melakukan solat pada waktu minum pagi sekiranya anda ada kekangan masa untuk keluar pejabat. Buat pelajar anda boleh gunakan pada waktu rehat dan meminta kebenaran daripada guru kelas.

7 Keistimewaan Menunaikan Solat Sunat Dhuha Pagi Jumaat Yang Ramai Tidak Tahu

“Demi waktu dhuha”, Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya”. Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting.

Apakah kelebihannya mendirikan solat sunat dhuha?

✔️Pertama, sebagai wasiat dan sunnah Rasulullah.
✔️Kedua, nilaian sedekah bagi seluruh sendi tubuh manusia.
✔️Ketiga, memperoleh keuntungan (ghanimah) yang besar.
✔️ Keempat, dibangunkan sebuah rumah di syurga.
✔️ Kelima, mendapat rezeki dengan segera.
✔️ Keenam, mendapat pahala umrah.
✔️ Ketujuh, mendapat keampunan dosa terdahulu.

Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan solat sunat dhuha.

Waktunya adalah dari naik matahari dan berakhir ketika matahari tergelincir, tetapi sunat diakhirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik atau boleh disimpulkan dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi adalah waktu yg sangat tepat untuk mengerjakan solat sunat dhuha.

Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat

Cara Solat Sunat Dhuha

Lafaz niat solat sunat dhuha adalah seperti berikut:



Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.



Tiada surah khusus ditetapkan untuk dibaca tetapi dianjurkan oleh beberapa ulama surah seperti berikut:-

Pada rakaat pertama : seperti biasa bacalah surah Al-Fatihah terlebih dahulu. Selepas selesai surah Al-Fatihah, ikuti pula dengan bacaan surah Asy-Syams.

Pada rakaat kedua :  bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Ad-Dhuha. Selain daripada dua surah di atas, anda juga boleh membaca surah al-kafirun dan al-ikhlas

Doa Semasa Sujud Terakhir

Semasa sujud akhir sebelum tahiyyat akhir, bacalah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:



Wa-Hab li yaa-waH-Haa bu ‘il-man wa hikmatan, waar-zuq-niy, yaa-raz-zza-qu kun liy mu-saH-Ha-laa 


Doa Selesai Solat Sunat Dhuha



“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Video Bacaan Doa Di Atas



Semoga kita semua istiqamah melakukan solat sunat ini setiap hari. Aminn..


EmoticonEmoticon