June 03, 2019

Panduan dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha


Panduan dan Cara Solat Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha


PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN TASBIH

Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidilfitri dan tasbih beserta makna.

1. Lafaz niat

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.


2. Lafaz tasbih

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]




CARA MENUNAIKANNYA

1. Rakaat Pertama 

i. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.


ii. Membaca doa iftitah


iii. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )


iv. Membaca surah al-Fatihah


v. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)


vi. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama


2. Rakaat kedua 

i. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)


ii. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar 

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )


iii. Membaca surah al-Fatihah


iv. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)


v. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua


vi. Memberi salam


KHUTBAH IDULFITRI

Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.



PANDUAN DAN CARA SOLAT HARI RAYA AIDILADHA

Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.

Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari. Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.


LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN TASBIH

Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.


1. Lafaz Niat

اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.


2. Lafaz Tasbih

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.


CARA MENUNAIKANNYA

1. Rakaat Pertama

i. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.


ii. Membaca doa iftitah


iii. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )


iv. Membaca surah al-Fatihah


v. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)


vi. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama


2. Rakaat kedua

i. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)


ii. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar 

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )


iii. Membaca surah al-Fatihah


iv. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)


v. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua


vi. Memberi salam


KHUTBAH AIDILADHA

Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.

Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.


Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Amin..

Sumber : JAKIM



EmoticonEmoticon