June 06, 2014

Cara Jawab Azan Serta Fadhilatnya


Cara Jawab Azan

Cara Jawab Azan

Diriwayatkan hadis daripada Malik daripada Zuhri dari ‘Ata’ bin Yazid dari Abi Said al-Khudri (ra) berkata: 

“Bahawasanya Rasulallah ﷺ bersabda: “Apabila mendengar kamu panggilan Azan, maka sebutlah seumpama apa yang dilafazkan oleh muazin.” (Hadith an-Nasa’i)

Abu Sa’id al-Khudri berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, 

“Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan muazzin (orang yang mengumandangkan azan) itu.”

Ketika mendengar seruan Azan yang dilaungkan oleh bilal (muadzin), kita hendaklah mengikuti atau menjawab sama sebagaimana diucapkan oleh muazzin dalam Azan tersebut dengan secara perlahan dan satu persatu sehingga ke akhir, kecuali berbeza jawapannya pada 3 kalimah berikut:

1. Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :

muadzin menyeru dengan lafaz kalimah


2. Dan lafaz kalimah berikut:



Kedua-dua seruan di atas, hendaklah dijawab dengan lafaz:



3. Ketika Azan Subuh, apabila muazzin mengucapkan lafaz :




Kita hendaklah menjawab dengan lafaz :



Atau boleh dijawab dengan lafaz yang lebih lengkap :



Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut :

“Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan azan sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya samaada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya….”

Fadhilat Menjawab Azan

1.      Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah ﷺ bersabda: 
“Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang  di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.”     (Riwayat Imam Muslim).

Info Solat : Cara Jawab Azan Serta Fadhilatnya



EmoticonEmoticon