June 06, 2014

Perintah Allah Tentang Solat


Solat secara bahasa adalah bermaksud DOA, manakala dari segi istilah / Syari 'ah , solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu / khusus yang dibuka / dimulai dengan takbir Allahu Akbar (takbiratul ihram) diakhiri / ditutup dengan salam (Assalamualaikum).

Perintah Allah Tentang Solat

Perintah Allah Tentang Solat ialah:-

Dalam al Qur’an ayat-ayat yang berhubungan dengan arahan  solat tersebut,  dimulakan dengan  perkataan dirikan solat tidak dengan perkataan kerjakan solat. Sila rujuk surah-surah dalam al Qur’an tentang hal tersebut,  antaranya al Baqarah ayat:  43 dan  al Ankabut ayat: 45.


ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

” Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji  dan mungkar”. (Surah al Ankabut: 54)

Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman, bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (daripada berlaku sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka tidak akan berdukacita". ( Surah al Baqarah ; 277 )


Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman, bermaksud :

” Dan dirikanlah solat untuk mengingati ku. ( Surah Thaha ; 14 )

Perkataan dirikan solat lebih tepat dengan jiwa solat itu sendiri, dalam al Qur’an tidak terdapat perkataan kerjakan solat. Oleh yang demikian seseorang yang dapat menjiwai solatnya, maka manifestasi solat itu, dapat diterjemahkan kepada dirinya dan  kepada orang lain.


Solat juga mengajar erti pemurah.

Seorang yang mendirikan solat,  akan tahu erti pemurah, seorang pemurah tahu membelanjakan sebahagian dari rezekinya yang di anugerahkan Allah s.w.t kepadanya ke jalan yang diredhainya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

” Iaitu orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan” (al Anfal ayat 3)

Info Solat : Perintah Allah Tentang Solat

3 comments


EmoticonEmoticon