Info Solat : Doa Selepas Azan dan Makna
Doa selepas Azan adalah sunnah apabila bilal atau mu'azzin mengumandangkan azan. Selepas azan juga adalah salah satu masa mustajab doa. Selepas doa azan, ada baiknya jika kita mendoakan ibu bapa kita.
Di bawah ialah Doa Selepas Azan dan Makna:-
Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati Muhammadal wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi wassallam.
Maksudnya:
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelihara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
Hadis Doa Selepas Azan
Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.” (Riwayat Imam Muslim).
Info Solat : Doa Selepas Azan dan Makna
EmoticonEmoticon