Tips Bagaimana Menerangkan Tentang Allah Kepada Anak
1) Gunakan Bahasa Ringkas
Gunakan kata-kata yang sesuai dengan tahap pemahaman anak. Contohnya:
"Allah sayang kita. Sebab itu Allah bagi kita mata untuk tengok."
"Allah cipta bulan untuk bagi kita cahaya waktu malam."
2) Kaitkan Dengan Alam Sekitar
Ajak anak lihat ciptaan Allah seperti bunga, langit, haiwan, dan tumbuhan.
"Tengok bunga ini cantik, Allah yang buat."
"Burung itu boleh terbang sebab Allah beri sayap.
3) Gunakan Perasaan Sayang
Ceritakan bahawa Allah sangat sayang pada hamba-Nya.
"Allah selalu dengar doa kita."
"Kalau kita baik, Allah lagi sayang."
4) Gunakan Aktiviti Seharian
Ketika makan: "Kita ada rezeki ini sebab Allah beri."
Sebelum tidur: "Kita doa pada Allah supaya tidur kita tenang."
5) Gunakan Buku Dan Lagu
Bacakan buku cerita atau nyanyikan lagu yang memuji kebesaran Allah. Lagu boleh membantu anak lebih ingat.
6) Jadikan Dialog Harian
Jadikan nama Allah sebahagian dari perbualan harian. Contohnya:
"Alhamdulillah, hari ini kita gembira."
"Subhanallah, cantiknya langit
7) Tunjukkan Contoh
Anak belajar melalui pemerhatian. Bila mereka lihat ibu ayah solat, baca doa, atau sebut nama Allah, mereka akan mudah meniru
Sumber : Fatin Ain
EmoticonEmoticon