November 11, 2018

Kelebihan Solat Fardhu Subuh dan Asar


Info Solat  Kelebihan Solat Fardhu Subuh dan Asar

Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah binti Ruwaibah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang subuh dan sembahyang asar”.

(Hadith Riwayat Muslim)


Huraian Hadith:

Kelebihan sembahyang asar dan sembahyang subuh, kerana kedua-dua waktu ini paling sukar dilakukan, kerana subuh waktu sedang banyak tidur. Manakala waktu asar sedang leka bekerja, oleh itu jika dua waktu ini dapat dijaga maka menjaga yang lainnya lebih mudah.

Di antara amalan yang dapat menjamin seseorang masuk syurga ialah dengan mendirikan sembahyang fardhu semuanya, lebih-lebih lagi mereka dapat mendirikan sembahyang subuh dan asar dengan sempurna.

Setiap amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang hendaklah dengan niat yang ikhlas nescaya Allah SWT akan membalasnya dengan pahala dan syurga.


“Sesiapa yang melakukan dua solah yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.” Dua solah yang sejuk ialah solah subuh dan asar.

Dua malaikat yang ditugaskan menjaga sembahyang manusia bertukar “syif” mereka juga pada dua waktu sembahyang ini”

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:”Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”

Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solah Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:” Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab:”Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solah dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solah, ampunilah mereka pada hari kiamat.”

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Info Solat : Kelebihan Solat Fardhu Subuh dan Asar


EmoticonEmoticon